Pernah satu ketika dalam meeting ABIM Shah Alam dibangkitkan hal permainan injit injit semut ini. Yang ironinya, seorang Manager Bank Muamalat cuba untuk mentakrifkan dan menghuraikan maksud dari permainan melayu tradisional ini.
Dikatanya begini, `permainan injit injit semut ini menggambarkan yang mana kejayaan usahawan usahawan melayu pada hari digapai ini hasil dari memijak kepala orang lain, ataupun dari kesusahan orang lain seperti kesusahan pekerjanya yang bekerja berhempas pulas kepadanya, atau juga dengan memijak orang orang yang miskin untuk jadi lebih kaya raya.
Hal ini kerana, dalam permainan injit injit semut ini, tangan yang berada di atas itu terpaksa dan kena pijak tangan yang berada di bawah untuk berada di atas ataupun untuk berjaya.
` Ha.. satu pendapat yang bijak dari seorang pengurus bank. Ketika meeting itu, di hadiri oleh senior chief engineer, seorang pensyarah university yang bertitle prof. dr. dan eksekutif syarikat swasta. Pada masa itu, semua angguk-angguk, tanda setuju.
Yea, kami semua setuju. Anda pun begitu? Lama kemudian, saya terfikir yang permainan tradisional kuno di zaman kita kanak-kanak ini ada maksud tersirat yang lain, yang lebih positif nilainya, persepsi itu berbeza, kenapa tidak kita memilih yang positif kan?
Pada persepsi saya, permainan injit injit ini mempunyai maksud mendalam yang bermanfaat dan elok di ajarkan kepada anak-anak.
Ini kerana, permainan ini menunjukkan tangan yang berada di bawah, yang menjadi asas dan tapak kepada tangan tangan yang lain yang berada di atasnya, akan naik ke atas selepas itu. Pelik kan?? Oh.. inilah uniknya permainan orang orang dulu tinggalkan untuk kita.
Saya rasa itulah `moral of the story` yang sebenar. Ini kerana, tangan yang berada di bawah itu menunjukkan yang pengorbanan seseorang itu dalam membantu kehidupan orang lain menjadi lebih baik dan lebih bahagia. Dek kerana itulah… tangan yang berada di bawah itu layak diletakkan di tempat yang atas sekali kerana jasa dan pengorbanannya kepada orang ramai.
Sebagai contoh, ahli politik yang nampak begitu concern dan sedaya upaya membantu rakyat ie: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan dan dokongan ramai pihak walhal, Beliau mempunyai rekod yang diragukan dek kerana isu liwat bahkan kalau hal ini terjadi kepada sesiapa pun, pasti kehidupan seseorang itu akan hancur, lebur dan bertukar menjadi tragis.
Jadi lihatlah.. the power of helping others is very great and far beyond our thought and knoweldge of pyschology. So, apa yang anda fikir? adakah permainan ini teruk atau adakah anda akan ajarkan permainan ini beserta dengan falsafahnya sekali??


Konsep perniagaan Melayu sekarang ironinya memang begitu..
Ia seakan-akan kewajipan yang kadang2 x perasan.. Bos tak perasan, pekerja pon x perasan.
Tapi nampak gayanya Flarebiz dah buat sedikit kelainan.. mewar-warkan kerja secara berpasukan memang satu motivasi untuk keseluruahn team..
insya allah… ada perbezaan antara big companies dgn small companies.. untuk small companies, yang baru nak stabil dan naik, memerlukan banyak JV, collaboration dan kerjasama dari orang yang tidak boleh dia `PECAT`. so, overhead bulanan company boleh dikurangkan dan marketing boleh melebar dengan mudahnya
”permainan ini menjadi keseronokan zaman dulu kerna langkuan yg agak terbatas namun tak lapuk dek hujan & waktu kerna ia ada keistimewaanya tetapi kita perlu tahu, org -org dulu selalu berkias dalam semua kehidupan…sifat telus & tersirat menjadi pegangan masing2 utk menjaga keharmonian….jika kita hendak terima bulat2 tentang apa yg di kata Manager Mualamat tu…bergantung ada pendirian masing2…tetapi jika kita lihat dari aspek positif, banyak yang kita boleh huraikan…kita boleh juga lihat, pengiliran tangan naik & turun , boleh dikatakan kita saling bantu sama lain utk capai matlamat ( goal)…..jadi dalam soal kehidupan , bisness & apa sahaja…kita tidak boleh berseorangan…kita perlu ramai tangan untuk membantu untuk terus ke puncak yg lebih tinggi….kita lihat pada cerita ” Mat jenin”, yg nenek moyang kita bacakan masa kecik2 dulu…seorg pemuda yg mempunyai angan2 yg tinggi & fantasi yg luas ttg soal dia mahu mengutip buah kelapa , & mcipta startegi utk memasarkan buah kelapa…hasil dari jualan , dia mahu mternak pula ayam…jadi disini, kita sebenarnya dapat lihat bagaimana zaman datuk nenek kita dulu mempunyai ilmu pengetahuan yg luas ttg ilmu alam cuma cara ia disampaikan itu secara kiasan, guridam & cerita =)