My Rich Brother
Bismillahirrahmanirrahim..


The Arc of Life adalah ruang untuk penulis mengekspresikan pengalaman,pemikiran, minat, impian dan harapannya dalam mengharungi liku-liku sebuah kehidupan. Penulis yang merupakan seorang remaja pasif dan “unpredictable”, kerana terkadangnya pendiam, dan terkadangnya `havoc` meinspirasikan kejayaan abangnya sebagai salah satu sumber semangat perjuangannya dalam mencipta kejayaan dan “glorynya” yang tersendiri.
Abang penulis, yang di juga dipanggil `Rich Brother` merupakan seorang usahawan yang berjaya di Kota Bharu, Kelantan. Kejayaan beliau dalam bidang perniagaan telah menjadi inspirasi kepada kaum keluarga penulis bahkan masyarakat sekitarnya. Oleh itu, ramai saudara mara serta sahabat handai mengagumi dan bertanyakan tentang rahsia dan resipi kejayaan yang digapai Rich Brother iaitu abang penulis.
Namun, penulis melihat kejayaan dan kekayaan Rich Brother dari sudut yang lain.`The other side` yang dilihat penulis hasil dari pengamatannya dari kaca mata Rich Brother tentang bagaimana kejayaan yang digapai oleh abangnya diurus dan digunakan. Disebabkan itu, penulis beranggapan, adalah tidak wajar jika kita menilai seseorang itu hanya berasaskan kejayaan yang digapai olehnya semata. Hal ini kerana, jalan dan manhaj untuk menggapai kejayaan adalah berbeza, perngorbanan dan jerit perihnya pun jgk tidak sama kerana ia bergantung kepada jenis “kejayaan” yang dikejar itu sendiri.
Penulis merasakan apa yang terlepas pandang merupakan sesuatu soalan yang cukup penting, iaitu sejauh manakah kejayaan seseorang itu memberikan faedah kepada agamanya, keluarganya, kaum kerabat, sahabat handai,masyarakat di sekelilingnya, dan jika mampu, bangsa dan negara.
Sebagai contoh, kejayaan seorang ahli politik menjawat jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Dewan Rakyat atau presiden parti,atau pun jawatan Menteri Besar bahkan jawatan Perdana Menteri sekalipun hendaklah tidak bersifat individualistik dengan berbangga akan kejayaan dan kemenangan yang diperolehi hasil pengorbanan, jerit perih dan tangisan beribu-ribu rakyat dan rakan taulan serta kaum keluarga yang menyokongnya dari belakang. Sebaliknya, dengan pengaruh dan kejayaan yang besar itu datang bersamanya tanggungjawab, amanah dan amanat yang cukup besar dan signifikan kepada masyarakat amnya.
Jika kita lihat dari skop yang lebih mikro, iaitu ketua keluarga, yakni lelaki, seharusnya menjadikan kejayaan dan keselesaan dalam berkeluarga sebagai satu booster untuk membantu masyarakat sekeliling khususnya orang kampung, ahli keluarga terdekat, rakan karib dan juga kepada mereka yang memerlukan. Ini kerana, kejayaan, kuasa, pengaruh dan kekayaan yang dicapai dan dimiliki oleh individu itu tidak kekal dan bersifat sementara bahkan dikhuatiri merosakkan dan memusnahkan dirinya dan orang di sekelilingnya jika tidak dikawal selia dan digunakan dengan baik.
Akhirnya, penulis merasakan Rich Brother masih ada misi yang belum selesai dan perlu diteruskan oleh penulis iaitu, bagaimana membantu ahli keluarga dan masyarakat sekitarnya jika sekiranya penulis berjaya memiliki kejayaan yang sama ataupun lebih lagi dari kejayaan yang dimiliki oleh Rich Brother.
Namun, sebelum melangkah lebih jauh dalam impianya, penulis perlu mengharungi pahit manis pengembaraan dalam mencari dan menggapai kejayaan seperti mana atau lebih lagi dari kejayaan Rich Brother… dan di situlah `The Journey for The Glory` bermula….


Bagus la penulis ni..teruskan usaha
Tahniah atas kelahiran blog ini.. lepas ni boleh lah luahkan apa2 yg mahu di katakan di hati ke blog.. hehe..
Zhafran pula bila nak ada blog?
terima kasih saudar:)) a syafiq !! ya.. lepas ni boleh taip macam macam.. tp rasanya tak sempat sgt nak bermadah. haha
)
terima kasih atas zhafran sbb set up kan rizalrazak.com menjadi begitu menarik sekali
)
terima kasih atas zhafran sbb set up kan rizalrazak.com menjadi begitu menarik sekali
)
terima kasih atas zhafran sbb set up kan rizalrazak.com menjadi begitu menarik sekali
)
wah… itu hasil kerja dari pakar design
) ini hasil 5min saja..
) belom tngk yg hasil 1hari. hohoho.. thanks to zhafran also… thanks to u for visit this low profile punya blog
Terima kasih untuk blog yang menarik